Yang berada didalam keadaan malu dan serba salah sekarang ialah DAP kerana ternyata bersekongkong dengan parti yang tidak demokratik terhadap ahli ahlinya sehingga kepada soal peribadi dan rumah tangga. Parti ini ialah Pas yang mengenakan syarat bai'ah tercerai isteri talak tiga jika wakil rakyatnya keluar parti.
Walalupun ini telah dinapikan oleh Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi akan siasat perkara ini tetapi mengetahui latar belakang Hadi yang pernah mengeluarkan fatwa mengkafirkan orang UMNO maka penapian itu adalah suatu pembohongan dan sandiwara sahaja.
Penapian itu terpaksa dibuat kerana pendedahan mengenainya telah mengejutkan seluruh umat Islam termasuk dalam parti Pas sendiri dan mencemarkan imej dan integriti Pas dalam saat semakin ramai wanita Islam yang terpelajar yang semakin sedar akan hak mereka.
Apabila pemimpin pemimpin wanita Pas mempertahankan perbuatan yang dibenci Allah ini maka ternyatalah mereka telah berada di luar arus perdana. Ramai para akademik dan NGO wanita telah mulai mengutuk mereka.
Tentulah juga kita perlu bertanya bagaimanakah kalau wanita Pas keluar parti, siapakah yang ceraikan siapa, adakah dengan sendirinya dia jatuhkan talak keatas dirinya sendiri. Siapa yang ceraikan siapa? Kena minta fatwa dari Tok Guru mereka Nik Aziz kerana guru yang sesat sahaja yang oleh berikan fatwa kepada yang sesat. Fatwa orang lain tidak boleh di pakai kerana tidak ada kaitan dengan politik.
Penapian yang dibuat oleh Pas Pusat sangat longgar iaitu mengakui adanya amalan bai'ah tetapi secara rasmi tiada arahan namun yang dapat difahami dan diketahui tidak dicegah malah berdasarkan kenyataan pemimpin pemimpin parti itu ia digalakan.
Husham Musa ahli jawatankuasa Pas pusat pula tak habis habis dengan menuduh media BN membesar besarkan pekara ini. Apa salahnya dibesarkan sekiranya hal ini tidak difikirkan sebagai suatu kesalahan malah diyakini oleh beliau mampu untuk mengelakan wakil wakil rakyat Pas daripada di beli oleh parti politik lain. Inilah yang dikatakan takut pada bayang bayang.
Dari segi berita, ia mempunyai nilai berita yang tinggi kerana luar biasa bercerai kerana politik yang tidak diamalkan oleh manusia berpelajaran dan bertemadon. (Bagaimanapun ini tidak pelek kerana Tok Guru merekapun tahu siapa yang akan ke neraka dan siapa yang ke surga)
Terdedahnya pekara ini tentunya menakutkan ramai orang Islam terutamanya yang terpelajar untuk menyertai Pas kerana kesetiaan kepada parti bukanlah tuntutan Islam. Ini adalah hak demokrasi bagi setiap individu.
Jika hak individu pun tidak terjamin dalam parti maka bagaimnakah Pas akan menjadi perdana menteri jika dapat menubuhkan kerajaan bersama DAP yang demokratik. Parti Keadilan tidak perlu gusar kerana perkahwinan lelaki dengan lelaki tidak perlu Bai'ah.
Yang berada dalam keadaan rasa malu dan hina ialah DAP tetapi penasihatnya Lim Kit Siang pun sejak berkawan dengan PAS dan Keadilan, sudah banyak bertolak ansur dalam soal moral. Bayangan PAPnya pun dah lenyap dan sekarang dibayangi oleh imej Islam yang ortodox, sesat dan jumud.
Maka itu Kit Siang tidak membela wanita Islam dalam soal ini. Baginya yang penting dapat berkuasa bersama Pas. Nanti dia potong u punya, baru mahu sedarkah?. Kerjasama DAP dengan Pas ini nampak jelas macam orang terpelajar berkawan dengan orang yang tidak pernah bersekolah. DAP parti bandar sudah jadi parti kampong.
DAP berimejkan islam yg tidak bertamadon,amat malang skali tajuk diatas ini,apalah malangnya!! islam telah dihina secara tak langsung, ini semua adalah diakibatkan olih PAS,kerosakan demi kerosakan telah brlaku sama ada sedar atau tidak,diharap orang orang yg siuman sedar dan berusaha mengubah keadaan,dlm prkara ini DAP tidak bolih dprsalahkan krana orang islam/melayu sendiri yg menyerahkan tengkok utk ditalikan-unperfectstone53
Apakah UMNO sempurna dan lengkap memperjuangkan Islam? Sedangkan pemimpin mereka ramai bersandiwara dan berfoya-foya dengan wang rakyat. Mereka tidak pernah sedar sehinggalah mereka dikalahkan teruk dalam PTu lepas. Negeri-negeri yang kuat Islamnya telah kecundang kerana UMNO dibuai ketamakkan harta sehingga baru sekarang UMNO ingin mendekatkan diri dengan rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO diagung-agungkan dengan kereta besar, rumah besar, tanah besar, isteri besar,harta yang melimpah-ruah sehingga he Hawaii, Los Angeles, Beverly Hills, London, New Yorkdan Dubai(lihat apa jadi anak arwah Pengerusi UMNO Sulaiman Ninam Shah)semuanya dengan wang hasil konon perjuangan UMNO, Melayu. Entah berapa ramai lagi pemimpin dan bekas pemimpin UMNO yang sebegini yang berlakon depan rakyat masih tidak didedah? Rakyat hanyalah makanan ratahan mereka, diherdik, diperkudakan, diperlembukan dan dibaruakan oleh pemimpim-pemimpin ini. Sehinggalah mereka diketuk kepala mereka sehingga benjol oleh PAS dalam PRU yang lepas. Hikmahnya kalau tidak ada PAS, UMNO akan masih menipu rakyat.
asal berjuang untuk kemajuan, dunia, bangsa, orang orang, kemajuan bangunan tinggi, makan besar,ngko kata parti bandar(DAP).TApi bila jer berjuang base on Islam, Ckp pasal mati, lebihkan akhirat, tolong orang miskin org tuo, org kekampungan ngko ckp parti kampung. nampak sgt ko ni tk kuat Islam, Iman, Penghayatan Agama. Apa pon kolah yang pandai berckp. Kan ko ader blog. wahhhhh...hebatnyer semua org bila ader blog.
Apakah Pas sahaja yang berjuang berasaskan Islam, untuk mati,untuk orang miskin,untuk akhirat. Ini adalah pemikiran yang telah diracuni. UMNO telah membuat lebih besar dari itu semua termasuk memberikan peluang kepada anak anak orang Pas melanjutkan pelajaran dan menjadi mereka orang yang akan matiberugama. Pas dipandang parti kampong kolot dan jumud kerana hendak wajibkan perceraian jika keluar parti. Ini kerja yang Allah benci dan tidak menghayati agama. Sebab itu dianggap berfikiran kampong.
kpd cucu burhanudin helmi sahabt al dap sekurang kurangnya umno tidak brtopengkan islam tidak brkawan dgn syaitan,tidak baiah cerai isteri talak 3 tidak bersekongkol main belakang..kah..kah
DAP berimejkan islam yg tidak bertamadon,amat malang skali tajuk diatas ini,apalah malangnya!! islam telah dihina secara tak langsung, ini semua adalah diakibatkan olih PAS,kerosakan demi kerosakan telah brlaku sama ada sedar atau tidak,diharap orang orang yg siuman sedar dan berusaha mengubah keadaan,dlm prkara ini DAP tidak bolih dprsalahkan krana orang islam/melayu sendiri yg menyerahkan tengkok utk ditalikan-unperfectstone53