Najib akan memendekan usia politikknya jika beliau melantik Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin menjadi timbalan menteri.
Kabar kabar angin mengenainya yang sekarang tersebar luas di negara ini telahpun membawa kesan negatif kepada Najib malah apabila Menteri Pertahahan Ahmad Zahid Hamidi dilapurkan oleh Star mengatakan bahwa jika dia menjadi PM pada jam 12.50 dia akan melantik Khairy menjadi menteri pada jam 12.51 adalah memburukan lagi anggapan ramai terhadap PM.
Ini tidak sahaja kerana orang Melayu yang menolak Khairy kerana meanggap dia bertanggungjawab terhadap keliaran demokrasi sekarang ini yang membawa malapetaka kepada prinsip negara tetapi orang bukan Melayu pula percaya Khairy menjadi kaya raya dengan sekelip mata bukan kerana kepandaiannya tetapi kerana menjadi kroni PM seperti yang didakwa oleh Tun Mahathir.
Luka parah kepada imej UMNO dan Barisan Nasional yang ditinggalkannya hingga ke saat ini maseh belum sembuh.
UMNO sendiri bukan sahaja masih yakin bahawa Khairi tidak mendapat sokongan dalam parti ( kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO kerana politik wang) tetapi juga meragukan sokongan di luar parti terhadapnya.
Maka itulah sebabnya jentera pilihanraya BN dalam beberapa pilihanraya kecil yang telah diadakan meminta supaya Khairy menjauhkan diri, tidak menunjukan muka atau tidak memberikan sentuhannya.
Najib harus ingat kerana nasihat orang inilah negara berada dalam malapetaka kebebasan yang tidak terbatas dan liar hingga sekarang ini. Khairy adalah merupakan kepala di tingkat4 bersama seorang lagi tuhan hindu yang telah menyebabkan wartawan wartawan Melayu lari dari NST. Atas pengaruhnya jugalah maka Mas terpaksa membuka banyak ruang kepada Air Asia yang bukan merupakan penerbangan nasional.
Khairy telah mempunyai hubungan rapat dengan Kalimullah yang telah menggunakan NST untuk menghancurkan asas asas ketatanegaraan yang diasaskan sejak merdeka.
Datuk Seri Najib harus melihat wajah Khairy sebagai orang yang telah mengkhianti asas asas keharmonian negara yang telah dibina oleh ayahnya Tun Abdul Razak. Sejak pemerentahan Abdullah Badawi DEB telah diinjak injak dan lain lain asas hidop bersama telah dihancurkan dalam euphoria kebebasan baru.
Sebenarnya negara tidak aman lagi, selain dari rompakan, pencolekan, pendadahan dan pembunuhan juga telah berlaku pencabulan dan perogolan terhadap maruah negara.
Adakah Khairy yang mengetuai tingkat 4 dapat menapikan dosa dosa ini?
Datuk Seri Najib biasa dengan bahasa yang indah dan beradab tetapi ruangan ini mahu memberitahunya secara terus terang dan dengan bahasa yang tidak berbunga supaya difahaminya dengan cepat bahawa jika beliau melantik Khairy menjadi timbalan menteri maka berarti beliau menjemput malapetaka kepada masa depan politiknya.
Timbalannya Tan Sri Muhyiddin jika ikhlas mesti memberitahu dengan segera kepada Najib tanpa berlapik lapik supaya beliau tidak terpengaruh dengan gambaran kekuatan yang dilukiskannya sendiri. Sebenarnya beliau tidak kuat seperti yang dilihatnya di kaca TV atau diinternet.
Orang sedang bercakap tentang isterinya yang akan membawa banyak kerosakan kepadanya dan juga tentang dia tidak mempedulikan politik Kedah yang berada dalam tangan Pas dan juga tentang Terengganu yang akan jatuh kembali ketangan PAS.
Maharaja tidak perlu lagi memberitahu Datuk Sri Najib secara berhemah,berbahasa halus dan dengan penoh hormart kerana Joseline Tan seorang penganalisis politik Star yang telah mendapat hadiah khas kewartawanan dari UMNO telah pun memberitahunya dengan cara yang cukup terpelajar dalam rencananya di Star 13 Dismber.
Syabas Joseline!
Bagaimanapun jika Najib hendak memendekan usia politiknya yang masih pendek silakan!
DATUK SERI NAZRI JANGAN MOHON MAAF PADA LINTAH DARAT
Friday, December 11, 2009
Tidak ada sebab untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Deri Mohamed Nazri Aziz meminta maaf kepada pemandu pemandu teksi kerana melabelkan perkhidmatan mereka lebih teruk berbanding tandas.
Jika Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia mahu mewangikan teksi dengan memperbaki perkidmatan dan tidak mahu adanya nila setitik susu sebelanga maka septutnya teguran Nazri itu diterima dengan sikap positif.
Apakah yang boleh dihasilkan oleh Presidennya Azmi Md Yatin dengan mendapat kemaafan dari Nazri selain kebanggaan kosong kerana dapat menegakan benang basah sedangkan pada hakikatnya semua penumpang teksi dalam dan luar negeri mengetahui kebenaran dari pendedahan Nazri itu. Semuanya adalah benar belaka.
Jika persatuan ini dikendalikan oleh orang yang terpelajar maka mereka seharusnya meminta panduan dari kerajaan bagi mana hendak mewangikan perkhidmatan mereka yang lebih busuk dari tandas dan menghapuskan nila.
Pemandu pemandu teksi Kuala Lumpur harus dibawa melawat ke Singapura ( London terlalu jauh) untuk mereka melihat betapa biadap . kurang ajar, penipu, pembohong diri mereka dan lain lain kelakuan mereka yang buruk. Melihat perbandingan ini maka mereka tidak akan marah kepada Nazri.
Di Singapura teksi beratur pda tempatnya untuk menunggu penumpang dan bukannya ditempat yang diharamkan. Kerja haram pemandu teksi Kuala Lumpur dapat di lihat terutama sekali di Stesen Stesen LRT di mana mereka tidak boleh menunggu.
Di Bukit Bintang, dihadapan Tabung Haji, di pintu keluar KLCC (tidak mempedulikan larangan pengawal keselamatan ) lain pula halnya. Mereka menuggu ditempat yang tidak boleh menunggu. Mereka memileh penumpang untuk menunggu mangsa dari pelancong. Keadaan lebih buruk lagi kerana mereka boleh mengugut polis trafik Mungkin Polis trafik pun terima rasuah dari mereka.
Saya telah dua kali hendak menaiki teksi di Bukit BIntang tetapi mereka tidak mahu mengambilnya kerana mereka hendak menunggu mangsa dari orang luar atau pelancong dan saya dengar mereka meminta tidak kurang dari RM 50 untuk perhentian yang dekat.
Di Singapura jika teksi berbaris panjang menuggu penumpang didepan hotel atau di mana mana anda akan disuruh oleh pemandunya pergi ke teksi dihadapan sekali jika anda cuba menaiki teksi di belakangnya.
Kita tidak usah bercerita tentang pemandu teksi di London kepada pemandu pemandu teksi di Malaysia yang tidak berpelajaran dan kurang ajar kerana nanti mereka terkejut dengan cerita ini yang akan menyedarkan diri mereka sebenarnya mereka betul betul busuk seperti tandas.
Telah sampai masanya kerajaan bertindak tegas kepada pemandu pemandu teksi di Kuala Lum;ur. Jangan kerana ingat mereka ini penyokong UMNO atau BN maka kerajaan berlembut dengan mereka. Pemandu pemandu teksi ini tidak boleh dipercayai kerana dalam masa pilihanraya merekalah juga yang menerima upah untuk kempen anti kerajaan.
Walaupun mungkin bilangan yang menentang kerajaan sedikit sahaja tetapi yang menyokong pula mengharapkan mereka akan mendapat perlindungan dari UMNO bagi membantu mereka bila ditangkap kerana melakukan kesalahan menipu, biadab dan sebagainya.
Pemandu pemandu teksi ini bukanlah orang yang kenal dengan bahasa yang baik. Membandingkan mereka dengan tandas adalah sangat ringan dan masih baik tetapi sebenarnya mereka ini adalah lintah darat di jalan jalan raya Kuala Lumpur.
Kerajaan mesti bertegas, masa berlembut dnegan mereka ini sudah berlalu. Beri kursus kepada mereka untuk menadi manusia yang jujur, beradab, sopan dan setia . Jika selepas kursus masih tidak sedar juga maka mereka ini patut di sebat didepan orang ramai. Tidak ada sesiapapun yang akan bersimpati dengan mereka kerana mereka telah membusukan negara.
Syabas Datuk Seri Nazri. Jangan takut dengan ugutan. Mereka ini semua ulak ayak.
Maharaja senghaja gunakan bahasa yang mudah ini kerana inilah sahaja bahasa yang sesoai dengan mereka ini.
Kebanyakan pemimpin pemimpin Malaysia seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Ismail dan beberapa orang lagi merupakan anak anak Melayu yang terdedah kepada pendidikan Inggeris di United Kingdom ketika Malaya masih berada di bawah penjajahan British.
Sekalipun mereka menerima sistem demokrasi Barat tetapi liberalisme mereka tidak sampai membaratkan rakyat dan negara sebaliknya setelah memimpin negara selepas kemerdekaan telah meningkatkan keperibadian bangsa, agama dan maruah negara menerusi pendidikan dan kebijaksanaan politik yang berasaskan kepada nilai nilai nasional sesoai dengan hasrat rakyat yang memberikan kepercayaan kepada mereka.
Bagaimanapun lain halnya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mendapat pendidikan Barat ,terasuh di London dan naik keatas menerusi semangat Melayu UMNO tetapi menyerlahkan prinsip survival dan mahu mencari populariti sehingga tidak lagi mengenali prinsip, identiti dan nilai parti.
Tentunya orang Melayu terkejut apabila Nazri mengumukan untuk revamp BTN (Biro Tata Negara) dalam keadaan menghadapi tekanan pihak pembangkang dan bukannya dalam keadaan biasa. Satu demi satu beliau tunduk kepada pembangkang . Dulunya beliau lah yang menasihatkan kepda Perdana Menteri Abdullah Badawi supaya menerima pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk kes Linggam yang melibatkan maruah Tun Dr.Mahathir.
Berikutan dengan bantahan Tun Mahathir terhadap pengumumannya untuk menyusun semula BTN yang terpaksa di betulkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Ahmad Mazlan sebagai upgrade dan bukan revamp maka beliau menuduh Mahathir sebagai racis.
Apakah bezanya Nazri dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew Menteri Mentor Singapura yang pernah menuduh Mahathir sebagai racis dan ultra.?
Tujuan Nazri adalah untuk menunjukan dirinya sebagai semasa dengan kehendak politik sekarang yang demokratik dan global sifatnya.
Adakah Nazri memikirkan dengan kenyataannya itu akan mengubah pandangan bukan Melayu terhadap UMNO. Apakah taraf Nazri dalam UMNO untuk sampai beliau memikirkan dirinya bagitu penting dan berpengaruh. Beliau tidak lebih dari seekor binatang politik yang hanya melukut ditepi gantang dan cuba untuk terus menjadi menteri dalam semua keadaan dan di bawah semua Perdana Menteri.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin telah memberikan hukuman kepada Nazri sebagai seorang yang bersifat melampau. Kalau bukan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri mungkin beliau akan menggunakan perkataan "biadab".
Orang bukan Melayu tidak akan kembali menyokong MCA atau MIC kerana mereka cuba bercakap sebagai DAP atau Gerakan kerana ini lebih menampakan kelemahan mereka atau sebagai parti yang tidak berpendirian malah inilah kesilapan besar yang telah dibuat oleh MCA tetapi tetap masih tidak dapat memperbaiki kedudukannya dan imejnya di kalangan masyarakat Cina.
Sudah sampai masanya bagi seluruh ahli UMNO untuk menyingkirkan binatang politik yang paling liar dalam UMNO yang sampai kepada peringkat sanggup memakan bangkai untuk hidup.
Penyokong penyokong Datuk Seri Najib sedang memerhatikan sejauh mana Najib akan menyekutukan dirinya dengan pemimpin yang sanggup menjual maruah parti .
Di dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia (Ahad 6 Disember 2009) bekas Panglima Pemerintahan Medan Tentera Darat Lt. Jen (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said telah mengemukakan pandangan yang amat penting untuk mendapat perhatian Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia tentang siapa yang berada dibelakang usaha menghidopkan semula isu untuk membenarkan bekas ketua pengganas komunis Chin Peng kembali ke Malaysia.
Pekara ini gagal untuk diciumi oleh Menteri Dalam Negeri sebagai suatu usaha dari dalam parti komponen BN sendiri untuk melemahkan lagi kerajaan yang sudah lemah untuk matlamat terakhir melenyapkan kuasa Melayu dan Islam di negara ini.
Lt Jen. Zaini yang berpengalaman memburu Chin Peng dalam hutan berpendapat bahawa Chin Peng mungkin sebahagian daripada strateji kelompok tertentu menjadikan isunya bagi membuktikan orang Melayu dan Islam tidak adil.
Sentimen dan prejudis ini memang telah berjaya dikocakan oleh akhbar Inggeris The Star dan akhbar akhbar Cina yang mengambil kesempatan dari kedudukan kerajaan sekarang yang lemah.
Datuk Seri Zaini menegaskan" kerajaan kita ketika ini lemah. Apa juga isu yang boleh menimbulkan masalah yang memeningkan kerajaaan yang boleh membuktikan orang Melayu dan Islam tidak adil maka akan dilontarkan. Chin Peng mungkin adalah sebahagian daripada strateji itu dan ia gunakan oleh kelompok tertentu."
Siapakah yang pertama sekali melontar isu ini setelah Mahakamah Tinggi membuat keputusan muktamat mengharamkan kepulangan Chin Peng yang dengannya menyebabkan seluruh rakyat beranggapan isu itu telah tamat ?
Bukankah akhbar yang didukong oleh MCA sendiri iaitu The Star yang menghantar wartawan watawannya untuk menginterviu Ching Peng di Thailand dan menasihatkan pula supaya Chin Peng meminta maaf kepada rakyat Malaysia untuk menimbulkan simpati kepadanya?
Berita minta maaf inilah yang dibesarkan oleh The Star dan dipetik oleh akhbar akhbar Cina lainnya lalu dipromokan oleh mereka sehingga menghidopkan semula isu itu tetapi kemudiannya Chin Peng sendiri merasa terhina dan memberikan penjelasan bahawa permohonan maaf itu adalah bersyarat kerana dia seorang pejuang.( ini diperkecil kecilkan oleh The Star)
Siapakah yang menjadi anasir surbesif yang mengapikan isu ini sebagai isu perkauman sehingga menimbulkan perpecahan antara rakyat?.(Akhbar The Star menimbulkan kenaapa seorang pejuang jihad Mat Top dibenarkan dibawa pulang)
Masalah besar kita ialah kita mempunyai Menteri Dalam Negeri yang tidak sensitif dan tidak cekap untuk dapat menciumi kejahatan ini sebaliknya lebih bijak untuk menunjukam kompromi bagi memenangi perasaan bukan Melayu.
Sebenarnya apa yang dilakukan oleh The Star adalah dalam "Road Map" stratejinya untuk secara bijak melemahkan Barisan Nasional dan kerana itu usaha mengwujudkan 1Malaysia gagasan Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia mestilah diperangi secara bijak.
Seorang yang tidak berpengalaman seperti Menteri Dalam Negeri yang ada sekarang tidak mungkin dapat merasakan ini dan akan terus tertipu dengan kelicinan dan kebijaksanaan The Star yang lebih bijak dari menteri.
Tidak ramai pemimpin pemimpin besar negara ini dari kalangan Melayu dan Islam yang mengakhiri kepimpinannya dalam keadaan tenteram, bahagia dan terhormat sebaliknya mereka pergi dalam keadaan tertekan,bimbang dan tidak pasti samaada dasar yang mereka warisi akan diteruskan oleh pemimpin yang menggantikan mereka.
Ini berlaku terhadap pemimpin pemimpin UMNO dari yang pertama Datuk Onn yang gagasan pembukaan pintu UMNO kepada bukan Melayu ditolak dan menyebabkan beliau meninggalkan UMNO ,Perana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman kerana banyak berkompromi dengan bukan Melayu, Tun Abdul Razak dalam keadaan tercabar oleh Datuk Harun Idris, Tun Mahathir yang dibelakangkan setelah bersara, Abdullah Badawi yang disingkirkan oleh parti.
Tidak sahaja dalam UMNO tetapi juga dalam kepimpinan sebuah lagi parti Melayu dan Islam yang sedang berkembang tetapi menolak kepimpinan Tok Guru Nik Aziz yang sekian lama menjadi sebagai nabi Pas dan hidup diatas ketaksuban dan kefanatikan orang Kelantan.
Beliau sendiri yang dalam keadaan uzur telah melihat orang kuatnya akhirnya berjaya mengkhinatinya, menjatuhkan maruahnya, terpaksa menyingkirkan menantunya sendiri kerana rasuah dan beliau sendiri terlihat kepada umum tidak dapat dapat mengenali antara rasuah dan pemberian yang ikhlas kerana merasakan dirinya sebagai Raja , Nabi dan Tok Guru yang berhak menerima pemberian untuk pembiyaannya ke Mekah.
Inilah yang dikatakan feudalisme dalam agama.
Orang Kelantan yang meanggapnya sebagai Nabi marahkan dan bertanya kenaapa haram Tok Guru dibantu ke Mekah sedangkan orang lain yang menerima berjuta ringgit rasuah tak ditangkap.Orang lain masih tak mengapa tetapi bila Tok Guru ambil duit rakyat yang salah dari kacamata undang undang maka ini menunjukan beliau benar benar melihat dirinya sebagai " Nabi" yang maksom dan pengikutnya juga melihatnya sebagai rasul.
Dalam pada itu orang biasa yang mengambil wang seribu dua ribu ringgit disamping yang mengambil wang berjuta , ikan kecil dan ikan besar juga telah ditangkap dan dihukum kerana rasuah di negara ini. Tetapi kerana fanatik dan tak boleh berfikir maka adalah orang Kelantan yang tak nampak pekara ini.
Maka itu pada kacamata generasi sekarang termasuk generasi muda di Kelantan perbuatan Tok Guru itu tidak lagi dapat di terima dan menyebabkan beliau juga telah dihina bagitu rupa sekalipun beliau cuba melindungi lagi dirinya sebagai seorang yang bersih seperti Nabi dengan menuding jari kepada mereka yang membuat berbagai bagai tuduhan terhadpnya sebagai ahli neraka.
Jika dia sebagai seorang manusia biasa boleh membuat pertimbangan orang yang akan ke neraka dan ke surga maka tentulah jelas ketidakwarasan dan kejahilannya kepada para ulama yang tidak mencampurkan adukan agama dengan politik dan menyebabkan anak buahnya sendiri terpaksa menderhakannya dan cuba menunjukan jalan yang benar kepadanya.
Maka itulah mereka telah menasihatkannya supaya menyingkirkan menantunya dalam kerajaannya kerana telah membuat kerja salah yang tidak nampak kepada "Nabinya" dan tentulah dengan tindakan dan nasihat Presiden Pas Haji Hadi kepada "Nabi" supaya membuat penyingkiran itu telah amat memalukan "Nabi" dan menjatuhkan imejnya dari seorang "Nabi" kepada ulama korup. Kenabian Nik Aziz telah ditolak oleh Presiden Pas dan lain lain lagi.
Adalah sungguh menyedehkan bahawa Tok Guru Nik Aziz akan meninggalkan Pas dalam keadaan kehinaan dan kebengongan.
Allah telah memperlihatkan balasannya kepada " Nabi" ini kerana kemunafikannya membawa partinya bersekongkong dengan gulongan homosexual dan juga parti yang selama ini dianggapnya sebagai kafir dan tidak boleh berkawan yang ternyata setelah bersekongkong dengan Pas telah berpeluang membuat banyak pengkhianatan terhadap Islam dan Melayu.
Tok Guru akan mati dalam keaadaan berada di neraka dunia sebelum masuk ke surga di akhirat menurut pertimbangannya sendiri seperti yang digambarkan kepada orang ramai selama ini.
Jika dia boleh melihat siapa yang akan masuk ke surga dan neraka maka tentulah dia telah melihat tentang dirinya sendiri tetapi mungkin juga dia tidak sedar bahawa dia telah berada di neraka dunia seblum kematiannya. Tetapi itulah pandangan orang ramai terhadap seorang nabi palsu.
KITA BERSIMPATI DENGANNYA TETAPI ITULAH KEKEJAMAN DAN KEKOTORAN POLITIK.
Jika perjuangan akhbar The Star berjaya, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya(PKM) Chin Peng akan kembali sebagai wira ke Malaysia kerana telah memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan apabila mati akan di kebumikan di kamppong kelahirannya di Setiawan Perak..
Star telah menunjukan jalan kepadanya untuk melembutkan hati rakyat dengan mengakui kesilapannnya dan memohon maaf dan kemudiannya Star membesarkan rencana dan berita mengenainya.
Akhbar ini merasa perlu untuk membesarkan genap dua puluh tahun perjanjian damai kerajaan Malaysia dengan PKM dan Thai yang sepatutnya dilupakan sahaja.
Star mengambil kesempatan ini mengungkit kembali kes harapan Chin Peng untuk kembali ke Setiawan Perak walaupun Mahakamah Tinggi Persekutuan telah muktamat menolak permohonannya untuk kembali ke Malaysia dan juga saman malunya terhadap kerajaan Malaysia kerana dikatakannya telah mencederakan imejnya .
Kita tidak faham kenaapa Star merasa perlu untuk menyalakan semula kes ini. Perjanjian Perdamaian itu sebenarnya tidak mahu diterima oleh rakyat dan tentera Malaysia. Semua anggota PKM sepatutnya boleh dilenyapkan oleh Pasukan Keselamatan kita tetapi atas kemanusiaan kita membiarkan mereka hidup supaya wang memerangi mereka dapat digunakan untuk membantu rakyat kita yang miskin. Inilah kemanusiaan disebalik perjanjian damai yang dibanggakan oleh PKM.
Star juga telah beberapa kali cuba membawa intonasi perkauman dalam pekara ini dengan mengemukakan pertanyaan mengapakah anggota PKM Melayu seperti Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad telah dibenarkan pulang ke negara ini.
Star senghaja membutakan mata bahawa sebenarnya Musa Ahmad Pengerusi PKM dan juga komunis wanita Shamsiah Fakeh telah dibenarkan pulang kerana mereka telah berkerjasama dengan kerajaan Malaysia lama sebelum perjanjian damai itu ditandatangani dengan PKM dan mereka dianggap sebagai pengkhianat oleh PKM.
Seorang lagi pemimpin kanan PKM Rashid Maidin juga telah kembali menziarahi keluarganya di Perak dengan diiringi oleh Special Branch tetapi secara diam diam.
Tetapi apabila Star memperjuangjan kes Chin Peng untuk kembali ke tanah air dengan menimbulkan simpati rakyat, dengan Ketua Pengarangnya pula Datuk Wong Chun Wai menulis rencaha khas untuknya, dengan menghantar wartawan wartawannya untuk temuramah khas dengan Chin Peng di Bangkok , maka tentunya menarik perhatian ramai, menjadikannya seorang yang sangat penting dan mengingatkan kembali orang kepadanya tentang baik atau buruknya.
Sepatutnya dalam mengingati perjanjian damai dengan PKM, Star menunjolkan semua kekejamannya dan bukannya permintaan maaf darinya yang dirancang oleh Star sendiri.
Jika perjuangan PKM berjaya, akan meletakan rakyat termasuk Wong Chun Wai sendiri dalam keadaan tertekan, kemiskinan dan penindasan. Wong Chun Wai tidak akan bergelar Datuk tetapi sebaliknya sedang membuat kerja sebagai seorang buruh ladang atau pekebun sayur.
Biarlah Chin Peng mati dalam kesepian untuk membawa pulang ke neraka segala kedurjanaannya.
Apa yang dilakukan oleh The Star menunjukan dengan jelas bahawa ia adalah akhbar perkauman yang menyembunyikan kukunya dan akan megambil kesempatan untuk mencakar bila dia merasa orang terlupa dan tertidur.
Tidak semua orang bodoh wahai Datuk Wong Chun Wai kecuali hanya Meneri Dalamn Negeri anak Hussein Onn yang tidak tahu sejarah.
Semua media Malaysia; cetak dan letronik, telivisen dan radio dalam semua bahasa serentak dan sekata membesarkan berita puji pujian Amerika Syarikat terhadap Malaysia.
Yang terbaru ialah pengikhtirafan Amerika tehadap Malaysia sebagai sebuah negara penting di rantau Asean dan peranan utama Malaysia dalam memperomosikan Islam yang rasional dan sederhana .
Presentasi seperti ini tanpa sedar membantu menanam dalam fikiran rakyat Malaysia bahawa sebarang pengikhtirafan dari Amerika Syarikat adalah sangat penting,sangat besar dan sangat berharga bagi kita.
Dalam masa Tun Dr.Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau tidak menggalakan pendewaan terhadap Amerika Suarikat sehingga menampakan Malaysia bergantung sepenohnya kepada negara itu dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan rendah diri sehingga dilihat seperti sebuah negara jiran berada di bawah telunjuk US di rantau ini.
Sewajarnya Media Malaysia mengambil mengambil ingatan dari kata kata Dr.Mahathir dalam sidang akhbarnya baru baru in selepas menyampaikan syarahan Asia dan Abad ke 21:
" Saya rasa semua negara di rantau ini sepatutnya menjaga diri sendiri dan tidak harus membiarkan pihak ketiga menjadi" penjaga" kepada kita".
Apa yang dilakukan oleh media Malaysia sekarang ialah mempromosikan Amerika Syarikat sebagai "Tuan Pengawal Yang Terutama" dan menghapuskan perasaan hormat diri sendiri yang sudah dipupuk sekian lama oleh Dr.Mahathir.
NAJIB JANGAN AMBIL LAGI MANUSIA INI.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN ) kawasan Kota Siputeh di Kedah telah diistiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran penyandangnya Abu Hassan Sarif gagal menghadhiri dua persidangan dewan itu secara berturut turut.
Padan muka. Keputusan mahkamah yang sangat setimpal kepada seorang yang wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab kepada parti dan rakyat, tidak menghormati speaker dan dewan negeri yang mulia.
Ini adalah pebuatan seorang bahlol dan bodoh sombong. Jika tidak hadir di dewan persidangan kerana bencikan Pas tidak boleh dimaafkan kerana dewanlah tempat untuk mencurahkan perasaan tidak puas hati rakyat , menunjukan kesilapan kerajaan atau memperlihatkan kebencian.
Najib tidak seharusnya membiarkan bahlol seumpama ini terus wujud dalam parti atau dipilih untuk menjadi wakil rakyat. Janganlah di pilih semula Datuk Abu Hassan Sariff seorang yang tidak tahu berfikir untuk kembali menjadi calun mewakili rakyat yang lebih cerdik darinya.
THE STAR JAHAT SEMULA.
Nampaknya akhbar The Star kembali memainkan isu perkauman.Kali ini dia kembali kepada caranya memainkan isu yang boleh dengan mudah menimbulkan perasaan marah sesuatu kaum terhadap polis. Star menggunakan masalah jenayah seorang India yang sekian lama di buru kerana mempunyai rekod sebagai perompak ditembak mati bersama beberapa orang lagi.
Sudah berhari hari Star memainkan cerita adik kepada penjenayah ini cuba membunuh diri bersama anak anaknya setelah suaminya iaitu abang kepada yang mati ditembak itu di bawa oleh polis.
Cara penulisan berita mengenainya adalah bias untuk menimbulkan simpati orang ramai terhadap penjenayah dan keluarganya dan menimbulkan anggapan buruk terhadap pihak polis.
Kenapa Star yang sangat banyak menimbulkan masalah ancaman jenayah tidak menyokong polis dalam tindakan mereka untuk menghapuskan jenayah dengan cara apapun seperti yang ditunjukan oleh akhbar Utusan Malaysia. Inilah talam dua muka dan double standard.
Ketua pengarangnya Datuk Wong Chu Wai juga telah kembali kepada old habitnya menulis soal agama yang boleh menyinggong perasaan orang Islam dengan hanya menimbulkan sensitiviti bukan Islam di Sabah kerana tidak dibenarkan menggunakan nama Allah tanpa mengambil kira perasaan orang Islam yang jumlahnya lebih besar di Semenanjung dan juga melihatnya dari segi perlembagaan.
Presiden MCA mesti berani untuk menyingkirkan mereka yang tidak memahami sejarah negara supaya tidak menggunakan akhbar yang berpengaruh ini untuk merosakan lagi hubungan antara kaum dan juga hubungan MCA dengan UMNO.